Wednesday, 15 March 2017


JABATAN PERDAGANGAN
DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK PROJEK : ISU GEJALA SAMSENG JALANAN
SESI: DISEMBER 2016
PROGRAM : DLS 6B
PENSYARAH : EN. MOHD FAHMI BIN MD YUSOP
DISEDIAKAN OLEH :


10DLS14F1008
             
MUHAMMAD SAFWAN BIN KAMARUDIN
10DLS14F1006
MOHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD ZAFIR
10DLS14F1032
MOHAMAD HAKIM BIN SA’AZHAR
10DLS14F1048
MOHAMAD HAFIZI BIN SHAROM
10DLS14F1026
MUHAMMAD ZHAHIRUL SAFFUAN BIN ZAHARI

Kesimpulan


  • Masalah Samseng jalanan haruslah dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.
  • Remaja perlu mengambil iktibar daripada setiap kejadian buruk yang telah berlaku keatas mat rempit.



Cara mengatasi kegiatan samseng jalan

Peranan dan tanggungjawab Ibubapa
  • Ibu bapa haruslah menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya diberikan kepada anak-anak agar mereka merasakan diri mereka dikasihi dan dihargai.
Pendekatan moral
  • Penerapan nilai-nilai murni kepada mereka untuk membimbing mereka kembali ke jalan yang betul. 
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih efektif
  • Pemantauaan yang kerap di kawasan-kawasan hitam .
  • Tindakan yang lebih tegas diambil terhadap pesalah .
  • Hukuman denda wang dan tempoh penjara ditingkatkan . Jumlah  dendaan dinaikan dan tempoh penjara dipanjangkan .
Pengaruh media massa
  • Media massa berpengaruh dalam pembentukan persepsi dan aliran pemikiran masyarakat.
  • Penerbitan gambar-gambar dan berita mengenai "samseng jalanan".

Kesan kegiatan samseng jalanan


KESAN POSITIF
  • Mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.
  • Penubuhan kelab-kelab sosial yang bermanfaat.
  • Litar lumba dibuka kepada orang ramai
  • Perlumbaan sukan permotoran peringkat amatur diadakan


Tuesday, 14 March 2017

Kesan kegiatan samseng jalanan

KESAN NEGATIF

KESELAMATAN ORANG AWAM
  • Dengan kegiatan yang tidak bermoral ini, ia dapat membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
  • Penunggang motosikal menyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan  jalan raya setiap tahun tidak kira maut ataupun tidak.
PENCEMARAN BUNYI
  • Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.
  • Jadi ini dapat menimbulkan masalah pencemaran bunyi kepada para penduduk  di sekeliling sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati kepada golongan samseng jalanan ini.

PANDANGAN NEGATIF OLEH MASYARAKAT

  • Samseng jalanan ini akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah atau digelar sebagai 'mat gian'.Mereka juga sering menjadi buruan anggota polis dalam mengatasi gejala ketagihan dadah.

MASALAH JENAYAH

  • Banyak berlakunya kes langgar lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini. 

Punca-punca kegiatan samseng jalanan

Terpengaruh dengan rakan 
  • Ramaja mudah terikut-ikut dengan setiap perbuatan rakan mereka.
  • Tidak memikirkan sebab dan akibat dari setiap perbuatan yang dilakukan.


Gaya hidup dan taraf pendidikan
  • Gaya hidup remaja merupakan pendorong gejala ini berlaku.
  • Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama mereka.

Perasaan ingin mencuba
  • Remaja suka mencuba sesuatu perkara yang baru.
  • Tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuhi.

Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
  • Kurang kasih sayang dari ibu bapa dan perhatian mempengaruhi tindakan serta sikap remaja.
  • Remaja mencari hiburan di luar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Pengaruh televisyen
  • Filem-filem berunsurkan perlumbaan menarik minat remaja.
  • Mereka akan cuba untuk meniru aksi-aksi merbahaya di atas jalan raya.

Kelonggaran Undang-undang 

  • Undang-undang di negara kita tidak tegas.
  • Hanya hukuman ringan yang ditimpal sekiranya mereka ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ciri-ciri golongan samseng jalanan




  •  Dua personaliti iaitu ketika di rumah mereka menunjukkan perwatakan yang baik dan tidak menunjukkan sikap agresif yang ketara, sebaliknya di luar rumah berperangai seperti seorang raja khususnya di atas jalan raya dengan motosikal. 


  • Dikenali sebagai samseng jalan raya kerana berlumba motosikal tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 


  • Tidak patriotik iaitu tahap jati diri dan setia terhadap negara yang amat rendah. 


  • Kebanyakan terdiri daripada keluarga bermasalah. 


  • Kategori kerja termasuk pengganggur, pekerja kilang, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar. 


  • Berpengalaman ditangkap oleh polis sama ada sekali atau beberapa kali.

Pengenalan Samseng Jalanan




GEJALA SAMSENG JALANAN


Samseng jalanan adalah istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, dengan biasanya menggunakan motorsikal kapcai. 

Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia kini. Walaupun kebanyakan samseng jalanan sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Samseng jalanan ini biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu

    Samseng jalanan juga telah dikaitkan dengan kegiatan gangster, rompak berkumpulan, pergaduhan, ragut , kecurian motorsikaldan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh samseng jalan tidak menepati piawaian ataupun telah di ubah suai dengan ketara.

    Malah ada juga samseng jalan yang tidak mempunyai lesen menunggang yang sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut ditukar menjadi litar perlumbaan. Istilah 'Mat Rempit' ini juga digunakan di Indonesia dan Singapura.

Keratan akhbar juga sering dikaitkan dengan isu samseng jalanan kerana golongan ni menyebabkan index kemalangan jalan raya  meningkat setiap tahun. Hal ini amat merisaukan negara kerana kebanyakan meraka adalah golongan remaja.